Tuesday, 19 February 2013

PGH (Nuang Sept 2011)


Laporan Perjalanan Menuju Puncak Nuang Siri 1.

Gunung Nuang atau Nuang terletak di hulu negeri Selangor dalam daerah Ulu Langat. Gunung ni adalah gunung sempadan antara negeri Pahang dan Selangor. Ada yang mengatakan ia juga gunung sempadan dengan Negeri Sembilan.

Dengan ketinggian hampir 5,000 kaki dari aras laut (dianggarkan 4,898 kaki), menjadikan Nuang sebagai destinasi utama peminat-peminat rekreasi luar (outdoor) bagi menyediakan diri untuk ke Gunung Tahan. Termasuklah sebuah kumpulan pencinta alam serta bidan terjun yang dinamakan Pendaki Gang Ho (PGH) - geng aku le tu.

Dipendekkan cerita, seorang kawan dari Cyberjaya menjemput geng PGH join dengan geng MPSX untuk menawan Puncak Nuang - kononnya. Kalo tak silap aku, cuti Hari Malaysia, tahun 2011 - jadi 16/09/2011 lah kan. Jadi perancangan awalnye nak masuk pukul 7 pagi - seramai 12 orang nak masuk. Tapi pada hari kejadian- pukul 8.30 atau 9 pagi baru berjaya masuk, sebab beberapa orang yang lambat dan POYO. 

Perjalanan bermula (dengan dipandu oleh 2 orang dari MPSX). Diorang brief cuma 2 jam sampai ke puncak. Akan ada 3 check point sebelum sampai puncak Nuang - KEM LOLO, KEM PACAT, PUNCAK PENGASIH. Jadi aku dan sahabat PGH pun lega lah, sebab kitorang dan beberapa geng MPSX pun tak pernah masuk Nuang. Lagi pulak aku memang pengalaman pertama mendaki gunung. Masuk hutan tu banyak kali lah, kampung aku pun keliling hutan dan bukit. Tapi ini gunung tuan-tuan...

Ikut dalam peta, jarak dari 'Gate' ke kem LOLO adalah 5.8km. Perjalanan dari pintu masuk bermula dengan santai lebih kurang 10-15 minit merentasi hutan kaki bukit dengan semak samun. Lepas tu, kami kena daki jalan tak berturap dipenuhi batu-batu kerikil dan lurah-lurah air.  Sesak nafas jugak nak daki bukit-bukit kecil ni, lepas beberapa ratus meter berjalan kaki, dada dah rasa sesak - mahu tak, lepas je satu bukit, mendatar sikit dan pacak lagi. Ingat dah habis - pacak lagi. Pergh rasa macam nak patah balik. Setan pun mula la hasut, "apa la bodoh kau datang panjat bukit ni, takde pekdah buat penat badan aje, kalau duduk dirumah boleh relaks relaks tengok TV, main dengan anak-anak dsb. So dalam kepenatan dan tekanan ni, kawalan diri dan motivasi dalaman dan luaran sangat penting, fizikal, mental dan emosi mesti balance - kalau tidak keluar la segala sifat sebenar seorang manusia. Ingat lagi ayat-ayat sahabat PGH aku ni - kalau kau nak kenal rupa sebenar orang - ajak dia masuk hutan atau daki gunung. Haaa boleh tengok dalam masa kita penat atau dalam tekanan tinggi. 

Ok sambung, ada beberapa pondok rehat untuk melepaskan lelah seminit dua. Dalam jarak 1 km rasanya singgah pondok pertama sebab penat gila. Aku dan sahabat PGH yang lead kumpulan, kawan yg ajak dan geng-geng MPSX masih lagi dibelakang. Dipendekkan cerita, sampai di kaki check point LOLO dah 2 jam 1/2 @ 11.30 pagi. Ape cerita puncak 2 jam? Sementara tunggu semua geng MPSX tiba, kitorang bakar rokok dan layan Coklat bar. Memikirkan jauh lagi perjalanan, bila semua sampai je aku dan sahabat PGH teruskan perjalanan - x tahu jalan, tapi ada petunjuk kertas macam kertas cina bakar untuk halau hantu tu memang jadi tanda sepanjang laluan (trail) hingga ke kem LOLO. Jadi tinggal 2 orang sahaja yang teruskan perjalanan, lagi 10 berhenti rehat. Ada yang merungut nak patah balik. Patah balik bukan keputusan bijak lepas berjalan dekat 6 km turun bukit naik bukit.

Dari transit kem LOLO ke tapak utama kem LOLO, terpaksa harungi jeram air separas paha atau boleh pijak batu-batu yang timbul dari jeram. Cuma kena berhati-hati sikitlah sebab licin akibat basah atau lumut. Silap pijak boleh jatuh dalam air. Naik bukit lagi sampai sesak dada sebelum tiba pondok utama kem LOLO. Kemudian kena lintas lagi jeram yang sama untuk sampai ke pondok utama. Kem LOLO ni ada tapak khemah, tempat unggun api, jeram atau lubuk yang best untuk berkubang. Anggaran ketinggian LOLO lebih kurang 1,000 ke 1,500 kaki dari aras laut. Waktu siang tak sejuk sangat, cuma malam mungkin agak sejuk sebab berdekatan dengan jeram.

Hampir pukul 12 tengahari baru bertolak dari kem LOLO ke transit kedua Kem PACAT. Pendakian lagi mencabar sebab laluan agak teruk, dengan kecerunan lebih kurang 45 darjah. Cuba tunggu geng MPSX, tapi langsung tak nampak kelibat - sebab dengan ketinggian dan lanskap gunung ni, jarak penglihatan kawan dengan kawan sekitar 30 meter, maksima pun 50 meter je. Lebih daritu takkan nampak. Jadi kena beringat-ingat sesama kawan takut-takut tertinggal. Pendakian pulak macam takkan habis, bila tanya apek-apek atau amoi-amoi yang berselisih turun, semua jawab lain-lain. Ada yang kata lagi 1/2 sejam untuk sampai PACAT,tapi lepas 1/2 jam mendaki macam nak mampos pun masih belum sampai, bila berselisih lagi, ada yang kata lagi sejam, ada yang kata lagi 1/2 jam. Moral of the story, dengar boleh percaya jangan sekali! Teruskan perjalanan dan stay focus... bukan Focus Point. Lepas berbelas-belas kali berhenti ambil nafas dan menyedut nikotin penguat semangat, hanya boleh minum air sikit aje. Sekali minum hanya seteguk sahaja bagi mengekalkan stamina - yang ni aku belajar dan masih ingat sejak dari dalam servis dulu.  Air yang diteguk tu pun tak boleh terus telan, mesti dikumur-kumur bagi menstabilkan suhu air sama dengan suhu badan. Kalau tak jadi macam besi panas (sebab mendaki) lepas tu siram dengan air sejuk - apa jadi pada besi tu betul? Macam tu jugaklah badan kita.  Kalau tak silap pukul 1.30 petang tiba di KEM PACAT, ramai orang sebab time cuti. Duduk sekejap melepaskan lelah dan penat - tunggu geng MPSX tapi langsung takde kelibat. Dari jauh dengar azan zohor sayup-sayup dari bawah. Makan roti dan minum air coklat dutch lady yang dipikul dari bawah tadi. Kem PACAT ni katanya tak boleh duduk di bawah pokok, pacat-pacat aku jatuh dari pokok pada waktu malam mencari mangsa. Sumber air rasanya dah takde di kem ni. So pandai-pandailah beringat....

Lebih kurang pukul 1.45 petang, PGH meneruskan pendakian. Cuaca sekeliling mendung dan sejuk, tapi tiada tanda-tanda hari nak hujan. Strategi kali ni ialah 'fast and easy' - beg utama dibungkus dengan plastik sampah dan disorok atau diselubung belakang pokok lebih kurang 20 meter dari Kem PACAT. Barang yang di bawa cuma air botol 0.5 liter, rokok dan gula-gula. Kali ini muka bumi dari Kem PACAT ke check point ke-3 PUNCAK PENGASIH makin mencabar dengan rata-rata 45 darjah dan banyak tempat yang tegak (90 darjah atau mungkin 75 - 90 darjah kecerunan). Bahasa mudahnya macam 'lutut sentuh dagu'. Lagi siksa bila ada pendaki wanita yg terkial-kial memanjat, nak ditolak mungkin dikata nak menggatal, nak ditunggu dalam cuaca yang semakin sejuk - anggaran ketinggian melebihi 3,000 kaki, jika berhenti lebih dari 1 minit, kepanasan badan akan cepat turun -jadi bila nak push semula bergerak, akan rasa tegang otot kaki (bahagian sisi paha, atas kepala lutut dan otot sebeleh tulang kering). Jadi teknik yang diajar member aku ialah bila penat, berhenti sekejap, tarik nafas 5 kali dan jalan 5 langkah, so ulang-ulang macam tu sampai ke check-point. Kadang-kadang terpaksa tarik nafas 10 kali tapi cuma boleh bergerak 5 langkah. Pandangan sekeliling dah berkabus, lepas berhempas pulas- pegang akar, panjat tebing, paut di pokok dan macam-macam lagi - pukul 3 petang tiba di Puncak. Fuuhhh lega.... tapi sebenarnya bukan puncak sebenar, nilah PUNCAK PENGASIH. Puncak Nuang lagi 1 jam berjalan kata orang-orang yang berpatah balik atau yang sudah sampai ke puncak sebenar. Puncak Pengasih ni mungkin rendah sikit je dari puncak sebenar (4,898 kaki) - mungkin dalam 4,000 kaki ke 4,500 kaki. Udara semakin nipis, cuaca berkabus-jarak penglihatan sekitar 20 hingga 30 meter - kalau nak tahu macamana- macam genting highland lepas hujan. Tapi disini bukan sebab hujan, tapi ketinggian,  kalau hujan tak tahu lah macamana. Silap-silap tapak tangan pun tak nampak. Tiba-tiba azam untuk menawan Gunung Nuang (4,898) jadi goyah bila tak bersedia dengan lampu suluh dan sebagainya. 

Kami mula mencongak-congak masa, 
Pukul 3 - Puncak Pengasih. 
1 Jam ke puncak akan jadi pukul 4 petang
1 Jam ke Pacat akan jadi pukul 5 petang (keadaan akan jadi semakin gelap)
2 Jam ke Lolo akan jadi pukul 7 malam
2 1/2 atau 3 jam ke Gate akan jadi pukul 10 malam. Sangat bahaya tanpa lampu suluh dan pengalaman di sini. 

Jadi dalam 3.30 petang PGH sebulat suara TIDAK MENERUSKAN objektif dengan mengambil kira faktor-faktor keselamatan dan kerisauan keluarga disebabkan perancangan awal untuk tidak bermalam di gunung ni. Perjalanan turun sangat pantas, dalam 1/2 jam kami tiba di kem PACAT semula. Ambil beg, tarik nafas 4/5 kali teruskan perjalanan turun tanpa menoleh ke belakang. Aku lead di depan lebih kurang 30-40 meter. Waktu ni ada kejadian 'seram' berlaku pada sahabat PGH di belakang. Tapi aku tak perasan yang sahabat ni memanggil aku beberapa kali, katanya aku menoleh kemudian berpaling dan teruskan perjalanan. Rupa-rupanya dia 'ditegur' sewaktu melintas di bawah beberapa batang buluh yang tumbang melintang, salah satu spot yang kena lintas di tengah-tengah laluan Kem Pacat dan Lolo. Nasib baik takde kejadian buruk berlaku.

Geng PGH tiba di LOLO dengan hampir berlari mengejar masa. Kami tiba di pondok utama Kem LOLO hampir 5.30 petang. Sekali lagi dikejutkan dengan kejadian 'aneh'. Tapi kali ni ada beberapa 'dugong' berkubang di jeram LOLO. Diorang ni geng MPSX yang menukar niat mendaki ke berkubang, bersantai siap masak maggi. Patutlah tak nampak kelibat. 

1/2 jam kemudian kami beredar keluar. Hampir  pukul 9 malam baru sampai ke pintu masuk. Lepas tu masing-masing berpecah. Aku dan sahabat PGH berazam untuk kembali semula menawan gunung Nuang.

>>>> Bersambung














Pendaki Gang Ho (Bagaimana Bermula)


Perjalanan Bermula... Aku jadi Pendaki Gang Ho

Alhamdulillah dalam sibuk bekerja dan mencari peluang-peluang baru dalam hidup, walaupun kadang-kadang tak lah sibuk sangat, berjaya juga aku dan geng-geng 'Pendaki Gang Ho' (PGH)  menawan puncak ke-2 dalam siri persediaan Kinabalu. Aku namakan group ni sebab geng ni cuma 3 orang je. Aku dan 2 sahabat di Putrajaya.  Dah cuba dengan kumpulan besar tapi susah nak sekepala sebab ramai yang nak tunjuk hebat dan pandai. Tapi cuma cakap aje lebih - perlaksanaan berterabur dan langgar prinsip. Cuma seorang aje memang aku 'labe'lkan sebagai SAHABAT dan MASTERMIND, susah senang dari zaman 'study' dulu sampai dah jadi pegawai kanan kerajaan pun masing boleh 'sit down' dengan manusia biasa yang tak suka kerja 9-5 macam aku ni. Sahabat ni memang suka aktiviti lasak dan kadang-kadang aktiviti "menyiram bunga" sewaktu aktiviti outdoor. Game Plan biasanya dibuat sambil minum teh dan tembakau, jadi macam-macam lah plan yang keluar. Dari aktiviti sukan, game hingga ke aktiviti lasak... banyak makan garam sahabat ni. Tu yang laku sikit cakap dan perbuatan beliau.

Perancangan ni bukan apa tujuannya untuk mengambil kira semua faktor yang mungkin terlibat secara langsung seperti kelengkapan mendaki, keselamatan, makanan, cuaca, masa dsb. Yang tak langsung nye pulak macam faktor keluarga yang ditinggalkan maklumlah 2 PGH dah kahwin , 1 orang belum bersedia nak kahwin hehehe. So, dengan merancang ni, dapatlah kita pastikan kelancaran projek-projek ni nanti, dan juga mengurangkan risiko lain seperti kemalangan dsb - walaupun kadang-kadang tersasar juga. Iyelah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. 

Dulu waktu bujang, muda, cergas takdelah minat sangat mendaki ni. Sejak berkecimpung dalam dunia freelance ni, boleh tersetuju pulak dengan cadangan sahabat aku ni.  Waktu dalam 'servis' dulu tak pernah langsung terlintas atau berminat nak mendaki mana-mana gunung. Ramai kenalan-kenalan aku yang lebih boroi dan boyot dah tawan bermacam-macam puncak gunung. Aku dan sahabat PGH ni lebih tertarik dengan jadi fasilitator di program-program motivasi hujung minggu - walaupun ditipu kawan-kawan beberapa kali, masuk hutan buat aktiviti 'Compas Marching', hinggalah projek bisnes kecil-kecilan - Dari projek jual bendera di pasar malam (legenda tu  - aku cerita lain kali), jadi projek jual  coklat, jadi projek membekal duit syiling pada peniaga kantin dan cafe sekitar kampus, jadi projek jual bunga, projek fotografi dsb ada yang sampai jadi peniaga pasar malam sekitar Gombak dan Ulu Kelang. Pendek kata semua projek yang mendatangkan duit semua buat - susah dulu waktu belajar. So kena lah usaha sendiri.  

Berbalik pada projek gunung ni, seorang usahawan berjaya di dalam industri insurans selalu mendaki gunung dengan kumpulan-kumpulan pelapis beliau - ada sekali beliau bercerita bila bersama-sama kumpulannya sewaktu mendaki  " mana lagi senang, jual insurans ke daki gunung?" Jadi disitulah bermulanya motivasi aku dengan projek-projek gunung ni. 

Bermula dengan gunung pertama: Gunung Nuang di Ulu Langat pada hujung 2011 atau awal 2012. Dengan takde pengalaman mendaki gunung, terus pergi ke Nuang (4,898 kaki)- sebuah gunung yang biasanya pendaki-pendaki tegar gunakan sebagai persedian mendaki G7 (Gunung melebihi 7,000 kaki) seperti Gunung Tahan, Korbu dan sebagainya. 

Kira macam ni lah senarai kejayaan dan ketidak jayaan projek PGH ni:

1. Gunung Nuang, Ulu Langat Selangor (4,898 kaki)
    Rancang: Sept 2011
    Naik 12 orang (2 PGH dan 10 Geng MPSP)
    Keputusan : TIDAK BERJAYA
        
2. Gunung Nuang, Ulu Langat Selangor (4,898 kaki)
    Rancang: Mac 2012
    Naik 3 orang (2 PGH, 1 tumpang)
    Keputusan : TIDAK BERJAYA

3. Gunung Nuang, Ulu Langat Selangor (4,898 kaki)
    Rancang: Julai M2 2012
    Naik 3 orang (1 PGH, 2 tumpang)
    Keputusan : BERJAYA

4. Gunung Nuang, Ulu Langat Selangor (4,898 kaki)
    Rancang: Julai M3 2012
    Naik 2 orang (2 PGH)
    Keputusan : BERJAYA

    

5. Gunung Kinabalu, Sabah(13,455 kaki)
    Rancang: Januari 2013
    Tangguh 2014

6. Gunung Angsi, Ulu Bendul, N9 (2,702 kaki)
    Rancang: Feb 2013
    Naik 3 orang (3 PGH)
    Keputusan : BERJAYA



7. Gunung Datuk, Rembau, N9 (2,900 kaki)
    Rancang: Mac 2013
                   Naik 3 orang (3 PGH)


Begitulah perjalanan mengenal alam bermula, jadi ada beberapa kesimpulan telah dibuat oleh Pendaki Gang Ho (PGH) bahawasanya:

1. Kumpulan yang ramai akan melambatkan atau membatalkan apa yang dirancang. (Banyak yang POYO dan bersikap negatif)
2. Kumpulan kecil 2/3 orang sahaja yang efektif untuk perjalanan mendaki. 2 orang mesti lebih dominan untuk meningkatkan semangat juang. Setiap unit boleh beroperasi secara individu dan berkumpulan. FAHAM tugas masing- masing dalam mencapai objektif. 
3. Buat sampai habis. Takkan nak naik 2-3 kali untuk tawan 1 puncak, penat wooo
4. Daki sampai ke puncak adalah pilihan, tetapi turun ke bawah adalah WAJIB. Tak payah lah  POYO sangat bila merancang, ambil yang penting dan GANG HO!!!!