Perjalanan Bermula... Aku jadi Pendaki Gang Ho
Alhamdulillah dalam sibuk bekerja dan mencari peluang-peluang baru dalam hidup, walaupun kadang-kadang tak lah sibuk sangat, berjaya juga aku dan geng-geng 'Pendaki Gang Ho' (PGH) menawan puncak ke-2 dalam siri persediaan Kinabalu. Aku namakan group ni sebab geng ni cuma 3 orang je. Aku dan 2 sahabat di Putrajaya. Dah cuba dengan kumpulan besar tapi susah nak sekepala sebab ramai yang nak tunjuk hebat dan pandai. Tapi cuma cakap aje lebih - perlaksanaan berterabur dan langgar prinsip. Cuma seorang aje memang aku 'labe'lkan sebagai SAHABAT dan MASTERMIND, susah senang dari zaman 'study' dulu sampai dah jadi pegawai kanan kerajaan pun masing boleh 'sit down' dengan manusia biasa yang tak suka kerja 9-5 macam aku ni. Sahabat ni memang suka aktiviti lasak dan kadang-kadang aktiviti "menyiram bunga" sewaktu aktiviti outdoor. Game Plan biasanya dibuat sambil minum teh dan tembakau, jadi macam-macam lah plan yang keluar. Dari aktiviti sukan, game hingga ke aktiviti lasak... banyak makan garam sahabat ni. Tu yang laku sikit cakap dan perbuatan beliau.
Perancangan ni bukan apa tujuannya untuk mengambil kira semua faktor yang mungkin terlibat secara langsung seperti kelengkapan mendaki, keselamatan, makanan, cuaca, masa dsb. Yang tak langsung nye pulak macam faktor keluarga yang ditinggalkan maklumlah 2 PGH dah kahwin , 1 orang belum bersedia nak kahwin hehehe. So, dengan merancang ni, dapatlah kita pastikan kelancaran projek-projek ni nanti, dan juga mengurangkan risiko lain seperti kemalangan dsb - walaupun kadang-kadang tersasar juga. Iyelah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
Dulu waktu bujang, muda, cergas takdelah minat sangat mendaki ni. Sejak berkecimpung dalam dunia freelance ni, boleh tersetuju pulak dengan cadangan sahabat aku ni. Waktu dalam 'servis' dulu tak pernah langsung terlintas atau berminat nak mendaki mana-mana gunung. Ramai kenalan-kenalan aku yang lebih boroi dan boyot dah tawan bermacam-macam puncak gunung. Aku dan sahabat PGH ni lebih tertarik dengan jadi fasilitator di program-program motivasi hujung minggu - walaupun ditipu kawan-kawan beberapa kali, masuk hutan buat aktiviti 'Compas Marching', hinggalah projek bisnes kecil-kecilan - Dari projek jual bendera di pasar malam (legenda tu - aku cerita lain kali), jadi projek jual coklat, jadi projek membekal duit syiling pada peniaga kantin dan cafe sekitar kampus, jadi projek jual bunga, projek fotografi dsb ada yang sampai jadi peniaga pasar malam sekitar Gombak dan Ulu Kelang. Pendek kata semua projek yang mendatangkan duit semua buat - susah dulu waktu belajar. So kena lah usaha sendiri.
Berbalik pada projek gunung ni, seorang usahawan berjaya di dalam industri insurans selalu mendaki gunung dengan kumpulan-kumpulan pelapis beliau - ada sekali beliau bercerita bila bersama-sama kumpulannya sewaktu mendaki " mana lagi senang, jual insurans ke daki gunung?" Jadi disitulah bermulanya motivasi aku dengan projek-projek gunung ni.
Bermula dengan gunung pertama: Gunung Nuang di Ulu Langat pada hujung 2011 atau awal 2012. Dengan takde pengalaman mendaki gunung, terus pergi ke Nuang (4,898 kaki)- sebuah gunung yang biasanya pendaki-pendaki tegar gunakan sebagai persedian mendaki G7 (Gunung melebihi 7,000 kaki) seperti Gunung Tahan, Korbu dan sebagainya.
Kira macam ni lah senarai kejayaan dan ketidak jayaan projek PGH ni:
1. Gunung Nuang, Ulu Langat Selangor (4,898 kaki)
Rancang: Sept 2011
Naik 12 orang (2 PGH dan 10 Geng MPSP)
Keputusan : TIDAK BERJAYA
2. Gunung Nuang, Ulu Langat Selangor (4,898 kaki)
Rancang: Mac 2012
Naik 3 orang (2 PGH, 1 tumpang)
Keputusan : TIDAK BERJAYA
3. Gunung Nuang, Ulu Langat Selangor (4,898 kaki)
Rancang: Julai M2 2012
Naik 3 orang (1 PGH, 2 tumpang)
Keputusan : BERJAYA
Rancang: Julai M3 2012
Naik 2 orang (2 PGH)
Keputusan : BERJAYA
5. Gunung Kinabalu, Sabah(13,455 kaki)
Rancang: Januari 2013
Tangguh 2014
6. Gunung Angsi, Ulu Bendul, N9 (2,702 kaki)
Rancang: Feb 2013
Naik 3 orang (3 PGH)
Keputusan : BERJAYA
7. Gunung Datuk, Rembau, N9 (2,900 kaki)
Rancang: Mac 2013
Naik 3 orang (3 PGH)
Begitulah perjalanan mengenal alam bermula, jadi ada beberapa kesimpulan telah dibuat oleh Pendaki Gang Ho (PGH) bahawasanya:
1. Kumpulan yang ramai akan melambatkan atau membatalkan apa yang dirancang. (Banyak yang POYO dan bersikap negatif)
2. Kumpulan kecil 2/3 orang sahaja yang efektif untuk perjalanan mendaki. 2 orang mesti lebih dominan untuk meningkatkan semangat juang. Setiap unit boleh beroperasi secara individu dan berkumpulan. FAHAM tugas masing- masing dalam mencapai objektif.
3. Buat sampai habis. Takkan nak naik 2-3 kali untuk tawan 1 puncak, penat wooo
4. Daki sampai ke puncak adalah pilihan, tetapi turun ke bawah adalah WAJIB. Tak payah lah POYO sangat bila merancang, ambil yang penting dan GANG HO!!!!
No comments:
Post a Comment