Tuesday, 29 January 2013

Bangkitlah Wahai Bangsaku



Lagu ni memang sempoi. Jom dengar...







Lirik Lagu: Bangkit - DJ Fuzz ft. Altimet & Salam 

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempur
Siap rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur

Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Sabit kau umpama cahaya
Yang menyinari bumi
Kau umpama Hang Jebat
Yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata
Yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa

Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman

Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langakah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak

Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian
Kemudian

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit.. bangunlah semula
Bangkit.. tawanlah semula
Bangkit.. umpama cahaya


Sunday, 27 January 2013

Cara Tambah Trafik ke Blog


Salam semua,

Korang pernah dengar nama Samseng Facebook? Tagline dia Nak buat duit dengan FaceBook?

Aku rasa video tutorial dia 'sempoi' gila dan teknik si 'pak long' ni pun memang boleh pakai.  Budak sekolah pun boleh buat kalau faham dengan video tutorial yang pak long ni tunjuk.

Korang boleh view melalui link di bawah.

http://samsengfb.jomniaga.com/go/keizu

Ikhlas,

RetireRich RetireYoung

Bagaimana kita memandang?


Begitulah kisahnya. 

Kita adalah apa yang kita fikir - kesinambungan lebih awal dari apa yang kita buat.

Petang tadi lepas balik dari jemputan akikah dari keluarga di Merlimau untuk 2 orang 'anak buah' baru. Sampai rumah je memang mengantuk 'kaw-kaw'. Terus aku tidur sampai pkl 12.30, haaa sekarang buntang lah pulak mata ni.

Apa-apa pun, dok melayan mata ni, check la email jumpa satu video motivasi dari Prof. Dr Muhaya Professor dan Pakar bedah mata- agaknya macam tu lah kut eja nama Prof. tu. Aku memang respek Prof ni - pakar motivasi yang 'cool' dan 'sincere' dalam setiap 'talk' yang beliau sediakan. So topik yang aku jumpa tadi rasa macam 'ter-rugi' kalau tak menulis sikit. Sekurang-kurangnya ada la journal untuk aku baca bila-bila masa akan datang.

"Bagaimana kita memandang, dengan mata atau melalui mata?" 

Menurut Prof ni, kita pandang atau lihat dunia melalui mata, mata sebagai tingkap untuk info masuk ke otak (input). Otak yang proses maklumat dan bagi keputusan (output). Jadi bagaimana kita menilai dunia adalah bagaimana mata kita melihat.

Memang 'best' topik ni sebabnya ulas Prof ni lagi, jika kita melihat dunia secara positif, baik, terbuka dsb tenaga positif akan dialirkan dari otak ke deria motor kita - dipanggil "fisio". Kita akan jadi kuat, bertenaga, bersemangat, yakin diri, terbuka, berdaya saing dll. 
Macam tu lah jugak jika negatif yang otak taakulkan. Negatif jugak lah tenaga yang dialirkan ke deria moto tadi. Kita akan lemah, tak bersemangat, berprasangka buruk, tidak percaya diri dll.

Sumber kepada kedua-dua tenaga/AURA ni boleh datang dari dalam diri (1st party) dan dari orang / benda sekeliling (3rd party)

Jadi bila aku cuba 'relate' dengan tenaga positif dan negatif ni, rasionalnya kenapa dalam Islam di ajar memaafkan orang lain, sebelum orang yang 'bersalah' tu minta maaf dari kita atau tanpa dia minta maaf sekalipun. Sebabnya tenaga atau bahasa sekarang ~ AURA ni yang membentuk peribadi kita ~ dan yang ini kita dapat kawal sendiri. Bahagian orang lain yang memandang kita - mana lah dapat kawal betul tak. Bak kata orang-orang tua "mulut tempayan boleh tutup, mulut orang mana boleh beb". 

So macam tu la jugak. Cuma kita perlu bersangka baik pada orang cukuplah. So aku faham - kalau aku bersangka baik pada orang lain, orang lain juga akan bersangka baik pada aku - 'fair' la kan. 





"What goes around, comes around"



Monday, 21 January 2013

Teknik dari Sifoo IM


Salam Ceria...

Dalam tercari-cari bagaimana nak mula, sebenarnya dah pun bermula. Biasanya awal-awal ni terkial-kial sikitlah apa nak ditulis.

Tiba-tiba seorang 'sifoo' yang namanya dirahsiakan berkongsi teknik-teknik pemasaran yang berkesan. Jadi teknik ni aku rasa boleh guna pakai dalam penulisan blog jugak. Sebab untuk menarik minat orang membaca, bukankah seperti berniaga? Apa-apalah aku tak kisah ada orang baca atau tidak - niat aku cuma nak mengasah teknik menulis.

Hehhe emo pulak, Ok, kembali ke topik.

Komponen 'pemasaran' ini mestilah sekurang-kurangnya menjawab 3 soalan:

  1. Siapakah kita?
  2. Apakah motif yang kita nak sampaikan - perkhidmatan atau produk ?
  3. Bagaimana motif tersebut memberi faedah kepada 'kumpulan sasaran'?
Kebiasaanya, ramai antara kita yang kurang memberi perhatian - "Siapakah Kita". Mungkin di sini yang dimaksudkan dengan 'membina kredibiliti' di mata pelanggan / kumpulan sasaran. 

Kedua - apa yang kita nak sampaikan? Di sini satu lagi masalah. Ramai yang terlebih beri perhatian dengan menceritakan panjang lebar deskripsi. Samalah macam menulis, apa yang nak disampaikan tidak perlu panjang lebar. Yang penting ialah menjawab soalan ke-3.

Ketiga -  apa faedahnya pada kumpulan sasaran? Yang inilah 'audience' / kumpulan sasaran nak tahu. Antaranya berkenaan harga - Harga bukanlah sebab utama orang membeli. Yang ni aku terpaksa setuju - iyelah jika tidak kenapa ada orang sanggup berhabisan ratusan ribu atau juta untuk membeli kereta? Sedangkan kereta yang berharga RM50,000 juga mempunyai 4 tayar + 1 tayar simpanan ~ maksudnya kereta mahal atau murah, masih bergerak di atas jalan raya. Kereta mahal belum boleh terbang iye.

Jadi disinilah peranan soalan ketiga. Faedah kepada kumpulan sasaran - berbalik cerita kereta berharga RM500,000 mungkin dari segi gaya, ke'elit'annya, keselesaan dsb.

Kesimpulannya, peratusan (%) bancuhan ketiga-tiga ramuan tersebut yang penting - formula sifoo tersebut 10%-20%-70%. Jom kita mendalami sebabnya sendiri... INGAT, ini adalah pemahaman saya dari Sifoo tersebut, apa pun setiap ilmu perlu kita kaji sejauh mana kesahihan dan aplikasinya. Bukan hanya ikut-ikut sahaja.

Sekian. Jumpa lagi.







Apa nak diisi dalam blog?


Salam ceria...

Hari ini hari ke-3 berdikit-dikit ~ azamnya nak mulakan rentak, nak belajar jadi penulis buku, mula-mula tulis la blog dulu. Dua platform yang paling banyak diguna pakai ialah Wordpress dan Blogspot. Jangan tanya aku apa bezanya dan kenapa aku gunakan blogspot. Senang je, PERCUMA dan senang nak 'maintain'.

Semalaman, aku jadi 'burung hantu' membaca blog-blog orang lain, cuma nak dapatkan idea dan teknik menulis dari sifu-sifu ini semua. Fuhh bila masuk sifu-sifu internet punya blog, memang 'otai'.  Mana la diorang ni datang idea? Mengarang ayat tersusun, susun kemas aje - bila baca rasa macam terbuai-buai dalam cerita tu. Patut la orang kata Blog ni satu ancaman kepada dunia kewartawanan. Tak boleh cari makan beb hehe..

Bermacam ragam tujuan blog-blog ni semua. Ada yang jadikan online diary, ada yang nak iklankan barang, ada yang cerita tempat makan, panduan cuti-cuti Malaysia, perkongsian ilmu, pandangan insurans, teknik pelaburan, promosi hartanah hinggalah kepada cerita-cerita tidak berfaedah pun banyak - maksud aku topik-topik lucah yang digunakan untuk menarik minat pembaca untuk masuk blog tersebut~ kemudian berbangga dengan bilangan pelawat yang dah cecah 1 juta? Macam ni pun ada...

PALING AKU TAK GEMAR ialah blog yang gosip berkenaan politik semasa, hari-hari keluarkan isu baru kemudian masuk la dua kumpulan manusia; Kumpulan 'Pro' akan memuji-muji dan memberi kata semangat, komen positif dsb. Kumpulan 'kontra' pulak puak yang tak suka posting tersebut - mengata, mengutuk, mencaci maki ~ berpecah belah sudahhh... kan senang kalau tak suka tak payah baca. TIADA apa yang tertegak di dunia blog ni. Apa pun mungkin pendapat aku je macam tu. 

Jadi, kesimpulan yang aku buat, di blog kita buat apa sahaja asalkan TUJUAN yang baik dan MEMBERI TAMBAH NILAI baru, tetapi janganlah disebabkan tujuan yang baik, habis dihalalkan cara penyampaiannya pulak ~ TUJUAN TIDAK MENGHALALKAN CARA.  Ada pulak yang dah ramai pengikut pun tak tahu nak buat apa. Salah satu benda yang biasa aku tengok ialah Bisnes melalui blog atau sebagai 'pembantu' / 'pelengkap' Profile Page di Facebook. Dan seronoknya, banyak blog-blog ini dimiliki oleh wanita-wanita melayu kita dan pelajar-pelajar IPT. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya teknologi IT ni dapat dimanfaatkan dengan betul - dapatlah tambah ekonomi diri dan keluarga. 

Antara TOP 'niche' sekarang ialah:

  1. Bisnes Kecantikan dan anti Penuaan
  2. Teknik Jana Pendapatan/buat duit cara Networking / Affiliate
  3. Dropship pakaian dari Vietnam /China/ Indonesia
  4. E-book, banyak lagi...


Sekian, jumpa lagi.


Bagaimana Bermulanya: Impian & Harapan

Selamat tinggal 2012 Selamat Datang 2013 

Ramai yang gembira, ramai yang mengeluh, ramai yang gelisah dan macam-macam. Walaupun banyak yang belum tercapai, terpaksa melangkah juga.

Begitu juga aku, tahun ni berazam nak belajar menulis dan berkongsi idea bagaimana nak mencapai Impian 2013. Tak mahu lagi tergesa-gesa dan kecewa bila melangkah tahun baru.

Jika ditanya kepada setiap orang, sudah PASTI jawapannya "kotak BAWAH KANAN" menjadi impian dan harapan. Namun sejauh manakah kita bersedia mengharungi onak duri? Jangan sampai terkorban iman dan prinsip disebabkan mengejar IMPIAN tersebut.

Walaupun ramai yang berkata DUIT BUKAN SEGALA-GALANYA - Walau apapun alasan kita REALITI yang terpaksa kita telan masih lagi SEGALA-GALANYA PERLUKAN DUIT.

Jumpa lagi.