Sunday, 27 January 2013

Bagaimana kita memandang?


Begitulah kisahnya. 

Kita adalah apa yang kita fikir - kesinambungan lebih awal dari apa yang kita buat.

Petang tadi lepas balik dari jemputan akikah dari keluarga di Merlimau untuk 2 orang 'anak buah' baru. Sampai rumah je memang mengantuk 'kaw-kaw'. Terus aku tidur sampai pkl 12.30, haaa sekarang buntang lah pulak mata ni.

Apa-apa pun, dok melayan mata ni, check la email jumpa satu video motivasi dari Prof. Dr Muhaya Professor dan Pakar bedah mata- agaknya macam tu lah kut eja nama Prof. tu. Aku memang respek Prof ni - pakar motivasi yang 'cool' dan 'sincere' dalam setiap 'talk' yang beliau sediakan. So topik yang aku jumpa tadi rasa macam 'ter-rugi' kalau tak menulis sikit. Sekurang-kurangnya ada la journal untuk aku baca bila-bila masa akan datang.

"Bagaimana kita memandang, dengan mata atau melalui mata?" 

Menurut Prof ni, kita pandang atau lihat dunia melalui mata, mata sebagai tingkap untuk info masuk ke otak (input). Otak yang proses maklumat dan bagi keputusan (output). Jadi bagaimana kita menilai dunia adalah bagaimana mata kita melihat.

Memang 'best' topik ni sebabnya ulas Prof ni lagi, jika kita melihat dunia secara positif, baik, terbuka dsb tenaga positif akan dialirkan dari otak ke deria motor kita - dipanggil "fisio". Kita akan jadi kuat, bertenaga, bersemangat, yakin diri, terbuka, berdaya saing dll. 
Macam tu lah jugak jika negatif yang otak taakulkan. Negatif jugak lah tenaga yang dialirkan ke deria moto tadi. Kita akan lemah, tak bersemangat, berprasangka buruk, tidak percaya diri dll.

Sumber kepada kedua-dua tenaga/AURA ni boleh datang dari dalam diri (1st party) dan dari orang / benda sekeliling (3rd party)

Jadi bila aku cuba 'relate' dengan tenaga positif dan negatif ni, rasionalnya kenapa dalam Islam di ajar memaafkan orang lain, sebelum orang yang 'bersalah' tu minta maaf dari kita atau tanpa dia minta maaf sekalipun. Sebabnya tenaga atau bahasa sekarang ~ AURA ni yang membentuk peribadi kita ~ dan yang ini kita dapat kawal sendiri. Bahagian orang lain yang memandang kita - mana lah dapat kawal betul tak. Bak kata orang-orang tua "mulut tempayan boleh tutup, mulut orang mana boleh beb". 

So macam tu la jugak. Cuma kita perlu bersangka baik pada orang cukuplah. So aku faham - kalau aku bersangka baik pada orang lain, orang lain juga akan bersangka baik pada aku - 'fair' la kan. 





"What goes around, comes around"



No comments:

Post a Comment