Salam ceria...
Hari ini hari ke-3 berdikit-dikit ~ azamnya nak mulakan rentak, nak belajar jadi penulis buku, mula-mula tulis la blog dulu. Dua platform yang paling banyak diguna pakai ialah Wordpress dan Blogspot. Jangan tanya aku apa bezanya dan kenapa aku gunakan blogspot. Senang je, PERCUMA dan senang nak 'maintain'.
Semalaman, aku jadi 'burung hantu' membaca blog-blog orang lain, cuma nak dapatkan idea dan teknik menulis dari sifu-sifu ini semua. Fuhh bila masuk sifu-sifu internet punya blog, memang 'otai'. Mana la diorang ni datang idea? Mengarang ayat tersusun, susun kemas aje - bila baca rasa macam terbuai-buai dalam cerita tu. Patut la orang kata Blog ni satu ancaman kepada dunia kewartawanan. Tak boleh cari makan beb hehe..
Bermacam ragam tujuan blog-blog ni semua. Ada yang jadikan online diary, ada yang nak iklankan barang, ada yang cerita tempat makan, panduan cuti-cuti Malaysia, perkongsian ilmu, pandangan insurans, teknik pelaburan, promosi hartanah hinggalah kepada cerita-cerita tidak berfaedah pun banyak - maksud aku topik-topik lucah yang digunakan untuk menarik minat pembaca untuk masuk blog tersebut~ kemudian berbangga dengan bilangan pelawat yang dah cecah 1 juta? Macam ni pun ada...
PALING AKU TAK GEMAR ialah blog yang gosip berkenaan politik semasa, hari-hari keluarkan isu baru kemudian masuk la dua kumpulan manusia; Kumpulan 'Pro' akan memuji-muji dan memberi kata semangat, komen positif dsb. Kumpulan 'kontra' pulak puak yang tak suka posting tersebut - mengata, mengutuk, mencaci maki ~ berpecah belah sudahhh... kan senang kalau tak suka tak payah baca. TIADA apa yang tertegak di dunia blog ni. Apa pun mungkin pendapat aku je macam tu.
Antara TOP 'niche' sekarang ialah:
- Bisnes Kecantikan dan anti Penuaan
- Teknik Jana Pendapatan/buat duit cara Networking / Affiliate
- Dropship pakaian dari Vietnam /China/ Indonesia
- E-book, banyak lagi...
Sekian, jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment