Salam Ceria...
Dalam tercari-cari bagaimana nak mula, sebenarnya dah pun bermula. Biasanya awal-awal ni terkial-kial sikitlah apa nak ditulis.
Tiba-tiba seorang 'sifoo' yang namanya dirahsiakan berkongsi teknik-teknik pemasaran yang berkesan. Jadi teknik ni aku rasa boleh guna pakai dalam penulisan blog jugak. Sebab untuk menarik minat orang membaca, bukankah seperti berniaga? Apa-apalah aku tak kisah ada orang baca atau tidak - niat aku cuma nak mengasah teknik menulis.
Hehhe emo pulak, Ok, kembali ke topik.
Komponen 'pemasaran' ini mestilah sekurang-kurangnya menjawab 3 soalan:
- Siapakah kita?
- Apakah motif yang kita nak sampaikan - perkhidmatan atau produk ?
- Bagaimana motif tersebut memberi faedah kepada 'kumpulan sasaran'?
Kebiasaanya, ramai antara kita yang kurang memberi perhatian - "Siapakah Kita". Mungkin di sini yang dimaksudkan dengan 'membina kredibiliti' di mata pelanggan / kumpulan sasaran.
Kedua - apa yang kita nak sampaikan? Di sini satu lagi masalah. Ramai yang terlebih beri perhatian dengan menceritakan panjang lebar deskripsi. Samalah macam menulis, apa yang nak disampaikan tidak perlu panjang lebar. Yang penting ialah menjawab soalan ke-3.
Ketiga - apa faedahnya pada kumpulan sasaran? Yang inilah 'audience' / kumpulan sasaran nak tahu. Antaranya berkenaan harga - Harga bukanlah sebab utama orang membeli. Yang ni aku terpaksa setuju - iyelah jika tidak kenapa ada orang sanggup berhabisan ratusan ribu atau juta untuk membeli kereta? Sedangkan kereta yang berharga RM50,000 juga mempunyai 4 tayar + 1 tayar simpanan ~ maksudnya kereta mahal atau murah, masih bergerak di atas jalan raya. Kereta mahal belum boleh terbang iye.
Jadi disinilah peranan soalan ketiga. Faedah kepada kumpulan sasaran - berbalik cerita kereta berharga RM500,000 mungkin dari segi gaya, ke'elit'annya, keselesaan dsb.
Kesimpulannya, peratusan (%) bancuhan ketiga-tiga ramuan tersebut yang penting - formula sifoo tersebut 10%-20%-70%. Jom kita mendalami sebabnya sendiri... INGAT, ini adalah pemahaman saya dari Sifoo tersebut, apa pun setiap ilmu perlu kita kaji sejauh mana kesahihan dan aplikasinya. Bukan hanya ikut-ikut sahaja.
Sekian. Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment