Laporan Perjalanan Menuju Puncak Nuang Siri 1.
Gunung Nuang atau Nuang terletak di hulu negeri Selangor dalam daerah Ulu Langat. Gunung ni adalah gunung sempadan antara negeri Pahang dan Selangor. Ada yang mengatakan ia juga gunung sempadan dengan Negeri Sembilan.
Dengan ketinggian hampir 5,000 kaki dari aras laut (dianggarkan 4,898 kaki), menjadikan Nuang sebagai destinasi utama peminat-peminat rekreasi luar (outdoor) bagi menyediakan diri untuk ke Gunung Tahan. Termasuklah sebuah kumpulan pencinta alam serta bidan terjun yang dinamakan Pendaki Gang Ho (PGH) - geng aku le tu.
Dipendekkan cerita, seorang kawan dari Cyberjaya menjemput geng PGH join dengan geng MPSX untuk menawan Puncak Nuang - kononnya. Kalo tak silap aku, cuti Hari Malaysia, tahun 2011 - jadi 16/09/2011 lah kan. Jadi perancangan awalnye nak masuk pukul 7 pagi - seramai 12 orang nak masuk. Tapi pada hari kejadian- pukul 8.30 atau 9 pagi baru berjaya masuk, sebab beberapa orang yang lambat dan POYO.
Perjalanan bermula (dengan dipandu oleh 2 orang dari MPSX). Diorang brief cuma 2 jam sampai ke puncak. Akan ada 3 check point sebelum sampai puncak Nuang - KEM LOLO, KEM PACAT, PUNCAK PENGASIH. Jadi aku dan sahabat PGH pun lega lah, sebab kitorang dan beberapa geng MPSX pun tak pernah masuk Nuang. Lagi pulak aku memang pengalaman pertama mendaki gunung. Masuk hutan tu banyak kali lah, kampung aku pun keliling hutan dan bukit. Tapi ini gunung tuan-tuan...
Ikut dalam peta, jarak dari 'Gate' ke kem LOLO adalah 5.8km. Perjalanan dari pintu masuk bermula dengan santai lebih kurang 10-15 minit merentasi hutan kaki bukit dengan semak samun. Lepas tu, kami kena daki jalan tak berturap dipenuhi batu-batu kerikil dan lurah-lurah air. Sesak nafas jugak nak daki bukit-bukit kecil ni, lepas beberapa ratus meter berjalan kaki, dada dah rasa sesak - mahu tak, lepas je satu bukit, mendatar sikit dan pacak lagi. Ingat dah habis - pacak lagi. Pergh rasa macam nak patah balik. Setan pun mula la hasut, "apa la bodoh kau datang panjat bukit ni, takde pekdah buat penat badan aje, kalau duduk dirumah boleh relaks relaks tengok TV, main dengan anak-anak dsb. So dalam kepenatan dan tekanan ni, kawalan diri dan motivasi dalaman dan luaran sangat penting, fizikal, mental dan emosi mesti balance - kalau tidak keluar la segala sifat sebenar seorang manusia. Ingat lagi ayat-ayat sahabat PGH aku ni - kalau kau nak kenal rupa sebenar orang - ajak dia masuk hutan atau daki gunung. Haaa boleh tengok dalam masa kita penat atau dalam tekanan tinggi.
Ok sambung, ada beberapa pondok rehat untuk melepaskan lelah seminit dua. Dalam jarak 1 km rasanya singgah pondok pertama sebab penat gila. Aku dan sahabat PGH yang lead kumpulan, kawan yg ajak dan geng-geng MPSX masih lagi dibelakang. Dipendekkan cerita, sampai di kaki check point LOLO dah 2 jam 1/2 @ 11.30 pagi. Ape cerita puncak 2 jam? Sementara tunggu semua geng MPSX tiba, kitorang bakar rokok dan layan Coklat bar. Memikirkan jauh lagi perjalanan, bila semua sampai je aku dan sahabat PGH teruskan perjalanan - x tahu jalan, tapi ada petunjuk kertas macam kertas cina bakar untuk halau hantu tu memang jadi tanda sepanjang laluan (trail) hingga ke kem LOLO. Jadi tinggal 2 orang sahaja yang teruskan perjalanan, lagi 10 berhenti rehat. Ada yang merungut nak patah balik. Patah balik bukan keputusan bijak lepas berjalan dekat 6 km turun bukit naik bukit.
Dari transit kem LOLO ke tapak utama kem LOLO, terpaksa harungi jeram air separas paha atau boleh pijak batu-batu yang timbul dari jeram. Cuma kena berhati-hati sikitlah sebab licin akibat basah atau lumut. Silap pijak boleh jatuh dalam air. Naik bukit lagi sampai sesak dada sebelum tiba pondok utama kem LOLO. Kemudian kena lintas lagi jeram yang sama untuk sampai ke pondok utama. Kem LOLO ni ada tapak khemah, tempat unggun api, jeram atau lubuk yang best untuk berkubang. Anggaran ketinggian LOLO lebih kurang 1,000 ke 1,500 kaki dari aras laut. Waktu siang tak sejuk sangat, cuma malam mungkin agak sejuk sebab berdekatan dengan jeram.
Hampir pukul 12 tengahari baru bertolak dari kem LOLO ke transit kedua Kem PACAT. Pendakian lagi mencabar sebab laluan agak teruk, dengan kecerunan lebih kurang 45 darjah. Cuba tunggu geng MPSX, tapi langsung tak nampak kelibat - sebab dengan ketinggian dan lanskap gunung ni, jarak penglihatan kawan dengan kawan sekitar 30 meter, maksima pun 50 meter je. Lebih daritu takkan nampak. Jadi kena beringat-ingat sesama kawan takut-takut tertinggal. Pendakian pulak macam takkan habis, bila tanya apek-apek atau amoi-amoi yang berselisih turun, semua jawab lain-lain. Ada yang kata lagi 1/2 sejam untuk sampai PACAT,tapi lepas 1/2 jam mendaki macam nak mampos pun masih belum sampai, bila berselisih lagi, ada yang kata lagi sejam, ada yang kata lagi 1/2 jam. Moral of the story, dengar boleh percaya jangan sekali! Teruskan perjalanan dan stay focus... bukan Focus Point. Lepas berbelas-belas kali berhenti ambil nafas dan menyedut nikotin penguat semangat, hanya boleh minum air sikit aje. Sekali minum hanya seteguk sahaja bagi mengekalkan stamina - yang ni aku belajar dan masih ingat sejak dari dalam servis dulu. Air yang diteguk tu pun tak boleh terus telan, mesti dikumur-kumur bagi menstabilkan suhu air sama dengan suhu badan. Kalau tak jadi macam besi panas (sebab mendaki) lepas tu siram dengan air sejuk - apa jadi pada besi tu betul? Macam tu jugaklah badan kita. Kalau tak silap pukul 1.30 petang tiba di KEM PACAT, ramai orang sebab time cuti. Duduk sekejap melepaskan lelah dan penat - tunggu geng MPSX tapi langsung takde kelibat. Dari jauh dengar azan zohor sayup-sayup dari bawah. Makan roti dan minum air coklat dutch lady yang dipikul dari bawah tadi. Kem PACAT ni katanya tak boleh duduk di bawah pokok, pacat-pacat aku jatuh dari pokok pada waktu malam mencari mangsa. Sumber air rasanya dah takde di kem ni. So pandai-pandailah beringat....
Lebih kurang pukul 1.45 petang, PGH meneruskan pendakian. Cuaca sekeliling mendung dan sejuk, tapi tiada tanda-tanda hari nak hujan. Strategi kali ni ialah 'fast and easy' - beg utama dibungkus dengan plastik sampah dan disorok atau diselubung belakang pokok lebih kurang 20 meter dari Kem PACAT. Barang yang di bawa cuma air botol 0.5 liter, rokok dan gula-gula. Kali ini muka bumi dari Kem PACAT ke check point ke-3 PUNCAK PENGASIH makin mencabar dengan rata-rata 45 darjah dan banyak tempat yang tegak (90 darjah atau mungkin 75 - 90 darjah kecerunan). Bahasa mudahnya macam 'lutut sentuh dagu'. Lagi siksa bila ada pendaki wanita yg terkial-kial memanjat, nak ditolak mungkin dikata nak menggatal, nak ditunggu dalam cuaca yang semakin sejuk - anggaran ketinggian melebihi 3,000 kaki, jika berhenti lebih dari 1 minit, kepanasan badan akan cepat turun -jadi bila nak push semula bergerak, akan rasa tegang otot kaki (bahagian sisi paha, atas kepala lutut dan otot sebeleh tulang kering). Jadi teknik yang diajar member aku ialah bila penat, berhenti sekejap, tarik nafas 5 kali dan jalan 5 langkah, so ulang-ulang macam tu sampai ke check-point. Kadang-kadang terpaksa tarik nafas 10 kali tapi cuma boleh bergerak 5 langkah. Pandangan sekeliling dah berkabus, lepas berhempas pulas- pegang akar, panjat tebing, paut di pokok dan macam-macam lagi - pukul 3 petang tiba di Puncak. Fuuhhh lega.... tapi sebenarnya bukan puncak sebenar, nilah PUNCAK PENGASIH. Puncak Nuang lagi 1 jam berjalan kata orang-orang yang berpatah balik atau yang sudah sampai ke puncak sebenar. Puncak Pengasih ni mungkin rendah sikit je dari puncak sebenar (4,898 kaki) - mungkin dalam 4,000 kaki ke 4,500 kaki. Udara semakin nipis, cuaca berkabus-jarak penglihatan sekitar 20 hingga 30 meter - kalau nak tahu macamana- macam genting highland lepas hujan. Tapi disini bukan sebab hujan, tapi ketinggian, kalau hujan tak tahu lah macamana. Silap-silap tapak tangan pun tak nampak. Tiba-tiba azam untuk menawan Gunung Nuang (4,898) jadi goyah bila tak bersedia dengan lampu suluh dan sebagainya.
Kami mula mencongak-congak masa,
Pukul 3 - Puncak Pengasih.
1 Jam ke puncak akan jadi pukul 4 petang
1 Jam ke Pacat akan jadi pukul 5 petang (keadaan akan jadi semakin gelap)
2 Jam ke Lolo akan jadi pukul 7 malam
2 1/2 atau 3 jam ke Gate akan jadi pukul 10 malam. Sangat bahaya tanpa lampu suluh dan pengalaman di sini.
Jadi dalam 3.30 petang PGH sebulat suara TIDAK MENERUSKAN objektif dengan mengambil kira faktor-faktor keselamatan dan kerisauan keluarga disebabkan perancangan awal untuk tidak bermalam di gunung ni. Perjalanan turun sangat pantas, dalam 1/2 jam kami tiba di kem PACAT semula. Ambil beg, tarik nafas 4/5 kali teruskan perjalanan turun tanpa menoleh ke belakang. Aku lead di depan lebih kurang 30-40 meter. Waktu ni ada kejadian 'seram' berlaku pada sahabat PGH di belakang. Tapi aku tak perasan yang sahabat ni memanggil aku beberapa kali, katanya aku menoleh kemudian berpaling dan teruskan perjalanan. Rupa-rupanya dia 'ditegur' sewaktu melintas di bawah beberapa batang buluh yang tumbang melintang, salah satu spot yang kena lintas di tengah-tengah laluan Kem Pacat dan Lolo. Nasib baik takde kejadian buruk berlaku.
Geng PGH tiba di LOLO dengan hampir berlari mengejar masa. Kami tiba di pondok utama Kem LOLO hampir 5.30 petang. Sekali lagi dikejutkan dengan kejadian 'aneh'. Tapi kali ni ada beberapa 'dugong' berkubang di jeram LOLO. Diorang ni geng MPSX yang menukar niat mendaki ke berkubang, bersantai siap masak maggi. Patutlah tak nampak kelibat.
1/2 jam kemudian kami beredar keluar. Hampir pukul 9 malam baru sampai ke pintu masuk. Lepas tu masing-masing berpecah. Aku dan sahabat PGH berazam untuk kembali semula menawan gunung Nuang.
>>>> Bersambung

